Cacatan perjalanan seorang ketua MGP Malaysia dalam membawa amanah sahabat-sahabat.
Tanggal 21 Okt 2011 jam 2.30 petang berbekalkan satu semangat untuk membuat kunjungan hormat kepada Ketua Pengarah yang baru diberi amanah untuk memegang teraju kepimpinan PASTI Malaysia, kami MGPM mengambil keputusan untuk ke rumah cikgu Hassan di Seri Iskandar Perak.
Dalam perjalanan kali ini, kak Saadiah tidak ditemani oleh seorang pun ‘body guard” kerana kak Saadiah ingin merasai bagaimana perjalanan berseorangan. Kak Saadiah ingin menghayati pergantungan hanya kepada Allah dalam apa jua kesukaran yang dihadapi. Tambahan dalam musim hujan waktu kini, terbayang tragedi dua tahun yang lalu, rasa takut menghantui diri ini. Namun berpegang kepada setiap yang berlaku adalah ketentuan Allah, kak Saadiah kuatkan tekad untuk meneruskan perjalanan. Kak Saadiah yakin perjalanan dalam melaksanakan kebaikan akan mendapat pertolongan daripada Allah dalam apa jua keadaan, insyaallah.
Jam 4 petang masih lagi di Butterworth menunggu sahabat dari Perlis iaitu Cik Rohana yang mewakili Pengerusi MGPnya yang tak dapat hadir , dan Puan Abadah bendahari MGPM. Jam 4.25 petang baru kami dapat bertolak dari pelabuhan Sultan Abdul Halim Butterworth menuju ke Seri Iskandar.
Jam 5 petang kami berhenti untuk solat di hentian Semanggul ,sebelum meneruskan perjalanan tanpa makan. Sahabat bertanya “tak makan ke? “ kak Saadiah jawab “takut kenyang masa sampai di homestay nanti, tak dapat makan makanan yang disediakan “. Sebenarnya kak Saadiah juga lapar tapi tak dapat nak makan. (tak dapat nak dinyatakan di sini) Maafkan kekanda ya wahai sahabat berdua.
Semasa kami meninggalkan R&R Semanggol hujan mulai turun sepanjang perjalanan dengan selebat2nya. Pada kak Saadiah ianya adalah hujan rahmat, kerana biarpun hujan lebat namun perjalanan lancar, alhamdulillah. Terima kasih pada sahabat berdua kerana sama-sama turut berselawat dan azan sepanjang perjalanan. Allahuakbar indahnya perjalanan mencari keredhaan Tuhan.
Akhirnya kami sampai di Jelapang, hujan telah pun berhenti. Allah ingin menduga, kami menyedari kami terlepas susur ke Lumut. Jam telah menunjukkan hampir 6.45 petang, tidak lama lagi malam akan menjelma. Kak Saadiah ada masaalah memandu dalam keadaan gelap, tiba-tiba terlintas di hati, Allah yang menunjukkan jalan, bukan kuasa kita. Terus terdetik di hati “ ya Allah permudahkan urusan kami “.
Kami mengikut susur ke Simpang Pulai , lalu singgah di Petronas untuk bertanya tunjuk arah ke Seri Iskandar. Kami meredah hujan renyai, biarpun sukar tapi ini adalah rahmat Allah pada hamba-hambaNya. Walaupun ada sedikit resah di hati sahabat berdua tapi kak Saadiah terus memandu dengan harapan, kalau itu kerja yang Allah dah tentukan untuk kita insyallah itulah yang terjadi.
Jam 7.30 malam, alhamdulillah, kami sampai juga di Bandar Seri Iskandar dan dijemput oleh Ustaz Raduan di hadapan Bank Islam. Ustaz Raduan baru saja balik dari menjemput ajk MGPM kak Sarah pada waktu itu. 7.45 malam kami masuk ke homestay. Telah menunggu, sahabat kita dari Pahang, Terengganu, Selangor, Melaka dan Pengerusi negeri Perak. Syukran Alaik Ust Raduan atas segalanya .
Jam 8.30 pm kami solat dan sujud syukur pada yang Maha Kuasa atas pertolongan dan kemudahan yang kami terima. Kami menunggu sahabat dari Kelantan yang masih belum tiba. Setelah menjamu selera dengan hidangan nasi goreng kegemaran masing-masing, kami mula bermesyuat jam 10 mlm setelah SU tiba. Kak Saadiah bersyukur kerana semua ahli bermesyuarat dengan penuh semangat hingga mencapai apa yang kak Saadiah inginkan. Alhamdulillah kami mendapat kata sepakat perkara-perkara yang akan disampaikan kepada ketua pengarah. Mesyuarat ditangguhkan jam 2 pagi.
Setelah selesai, masing-masing mencari tempat untuk beristerihat setelah kepenatan menempuh perjalanan yang amat panjang. Kak Saadiah berdoa agar semua yang kita lakukan menjadi ibadah dan diberi ganjaran yang besar di sisi Allah.
Jam 4.00 pagi kak Saadiah masih belum dapat melelapkan mata kerana memikirkan amanah sebagai membuka bicara yang perlu kak Saadiah sampaikan. Sambil bermohon pada ilahi kak Saadiah cuba melelapkan mata dan entah bila ianya terlelap. Bila tersedar telah pun masuk waktu subuh. Sambil menunggu untuk dijemput ke rumah Ketua Pengarah kami dijamu dengan nasi lemak yang sedap. Syukran kepada pengerusi Perak atas segalanya.
Jam 9.45 pagi kami bertolak ke rumah kediaman ketua pengarah. Jam 10.15 pagi sampai di hadapan kediaman Ketua Pengarah yang tersergam indah. Kami disambut dengan mesra oleh KP dan isteri. Terbayang kemesraan di wajah KP menyambut kami ajk MGPM. Majlis dimulakan dengan ucapan terima kasih oleh setiausaha, kemudian disusuli dengan sesi taaruf. Kemudian kak Saadiah mengambil tempat dengan membacakan semua perkara yang telah dipersetujui untuk disampaikan kepada ketua pengarah.
Setelah selesai sesi pembentangan, kami semua dengan penuh harapan berdoa agar semua perkara yang kami minta diterima dan mendapat perhatian dari Ketua Pengarah.
Akhirnya setelah mendengar semua jawapan dari KP kami memanjatkan kesyukuran pada llahi kerana semua rintangan bermula dari menjemput dan menantikan jawapan kehadiran dari ajk mgpm dan perjalanan ke program ini, terbalas dengan mendengar perancangan yang dinyatakan oleh KP. Beliau memberi perhatian yang mendalam kepada semua perkara yang dibentang serta menampakkan halatuju perjalan MGP untuk terus maju .
Jam 1.45pm, majlis selesai. Kami dijemput menjamu selera dengan sajian yang bagitu sedap. Selepas makan kami pun memohon untuk pulang lebih kurang jam 2.00 ptg tp sebelum itu kak Saadiah bagi pihak ajk mgpm mengucapkan berbanyak terima kasih atas perhatian tuan Pengarah kepada apa yang kami sampaikan dan kepada cikgu Sofia terima kasih yang tidak terhingga atas layanan kepada kami semasa di sana.
Akhirnya kami meninggalkan kediaman KP dengan hati yang berbunga sebagaimana indahnya cuaca ketika itu bagitulah cerianya hati kami. Kami berdoa semoga KP beroleh kebahagiaan dalam menjalani tugasan dan terus memajukan PASTI, serta menjadikan PASTI sebagai pilihan utama menjelang 2016, dan terus ke Putra Jaya dengan tidak melupakan kebajikan MGP.
Sekian, cacatan perjalanan kami dalam mencari redha Allah........
kak Saadiah menyerahkan memorandum kepada KP
Senyum seorang Ketua Pengarah
saff kepimpinan MGPM..
No comments:
Post a Comment