Friday 30 September 2011

8 Tips Untuk Naqibah. (Sangat Berguna Untuk Para Muallimah)

.........Salam Sejahtera Untuk Para Mujahidah Naqibat........
    Jadikan tips ini sebagai satu method/kaedah/cara dalam menangani masalah bersama anak usrah mu.Jadikan ia sebagai panduan jika anda tiada cara lain yang khusus.Ini sekadar perkongsian jika ianya mendatangkan kebaikan/manfaat amalkanlan moga kita sama-sama menyumbang kepada mereka yang terdahulu dan terkemudian.Jika di teliti dengan lebih halus dan lebih mendalam ia sangat berguna tatkala berdepan bukan sahaja dengan guru PASTI tetapi anak anak PASTI itu sendiri bahkan ibu mahupun bapa hatta sesiapa yang berurusan dengan kita,guru PASTI.Mulakan usrah dengan sedeqahkan al Fatihah untuk mereka....Pastikan Tabung usrah berjalan dengan baik walau pun sedikit....Jangan fokuskan usrah dengan menu makanan semata-mata....

Tips1: Kenalilah ahli usrah dengan Baik.
   Naqibah perlu mengenali ahli usrahnya dengan lebih mendalam.Selidikilah latrbelakang mereka,diri,keluarga,pendidikan,pekerjaan (jika bukan guru PASTI),perkara yang di sukai,yang tidak di sukai dan sebagainya. Ikuti perkembangan hidup mereka(untuk lihat dari segi kebajikan,kewangan dsb.Maklumat ini adalah sangat berguna dan berkesan untuk mentadbir usrah agar lebih bermaklumat agar kita dapat bertindak dengan tepat ,adil sesuai dengan peribadi masing-masing.


Tips 2:Melaksanakan Usrah Dengan Rangka Program.
   Program-proram mesti di rangka sebelum berusrah .Antaranya pengagihan masa yang sesuai untuk slot bacaan dan tafsir,bacaan hadith,perbincangan tajuk khusus,tazkirah mahupun hal ehwal semasa.Tetapkan tajuk dan bahan rujukan,senaraikan juga perkara yang akan anda maklumkan kepada ahli usrah,naqibah adalah orang yang pertama perlu membaca sebanyak mungkin bahan rujukan yang berkaitan denagn tajuk perbincangan!
Tips 3:Segarkan Usrah Dengan Suasana Perbincangan Dua Hala
   Naqibah di tuntut agar mewujdkan suasana usrah yang sihat segar dan ceria.suasana terkawal tidak terlalu formaliti,kebangsawanan,agak akademis sehingga anak usrah tidak selesa. Contohnya:perbincangan yang  agak ilmiah sedangkan anak usrah tahap pendidikannya tidak sama.Pastikan perbincangan di fokuskan kepada tajuk yang telah di rancang dan di persetujui.Semasa berbincang ahli di galakkan mengemukan nas nas yang sahih dan contoh dari sirah baginda Rasul.Usahakan agar perbincangan dapat di kaitkan dengan realiti semasa dan dapat di bandingkan dengan hidup seharian 
Tips 4:Bertindaklah Sebagai Pemimpin Tempat Bernaung Dan Berlindung

   Naqibah perlu menjadi qudwah hasanh kepada ahli-ahlinya dalam segala segi baik dari segi perbuatan,percakapan,perbelanjaan,cara bergaul juga cara berpakaian.Jalinkan ukhuwwah sesama mereka di dalam atau di luar usrah.Naqibah juga adalah seperti seorang kaunselor (Pakar Kaunseling yang terbaik).Jika ahli usrah di selubungi masalah secara bersama bolehlah berbincang secara bersam(ramai) tetapi jika masalah hanya dengan seorang anak usrah pastikan segala perbincangan adalah rahsia dan tertutup.Ada ketika permasalahan sesuai di bincang secara persorangan ada masa secara berkumpulan Pastikan anda membuat pilihan yang bijak!Tanda awal sesorang naqib atau naqibah yang berjaya adalah apabila para ahli menjadikab dirinya sebagai tempat merujuk permasalahan.
Tips 5:Memberikan Kerja Yang Bersesuaian Dengan Ahli:
   Naqib atau naqibah perlu memberikan tugasan tang sesuaidengan kebolehan dan minat atau kemahiran ahli usrahnya.(Biasanya di peringkat awal usrah) ahli akan berasa di hargai apabila adi amanahkan dengan sesuati tugas untuk dirinya mahupun kumpulannya.Ahli itu perlu di selia secara wajar oleh naqibah9Secara minima dan penuh kepercayaan dan keyakinan)Dengan cara ini ahli usrah akan belajar berkomunikasi dengan baik ,dengan lebih ramai orang dan sentiasa boleh berhubungan dengan naqibah.

Tips 6:Mempelbagaikan Kaedah Yang Mendatangkan Minat.

   Mengesan minat  dan kecenderungan anak usrah. Ini boleh di lakukan dengan pelbagaikan aktiviti kepada ahli,berikan soalan,tajuk-tajuk yang telah di bincangkan,perihal isu semasa,pertandingan=-pertandingan kecil atau aktiviti dalaman lain yang berbeza skop atau bidang tugas.Kemukakan atau lontarkan masalah-masalah, lihat bagaimana ahli usrah cuba untuk mencari jalan penyelesaian.contohnya:Bagaimana seorang ibu yang sibuk hendak menyelesaikan masala agihan masa dalam menjalankan tugas sebagai daei,guru,aseorang isteri ibu dsb. Gunalah apa jua kaedah atau pendekatan lain yang di fikirkan sesuai untuk meningkatkan kehadiran usrah,melahirkan minat dan meningkatkan kualiti ahli dan usrah anda.

Tips 7:Penjaga Masa Yang Tepat:
   Kehadiran dan tamat satu-satu usrah di senangi kerana tepat waktunya.Biarlah ketetapan waktu kerana ianya amalan yang baik dari kita kerana taat kepada perintah Allah .Ianya akan jadi contoh kepada anak usrah yang mana ia akan menjadi kebiasaan yang baik.Mereka pula akan menjadi naqibah yang baik dan akan mencontohi sifat baik yang kita paparkan.Seorang guru PASTI cuba hadhir awal pagi sebelum anak muri pertama sampai dan pulanglah selepas pelajar terakhir kita pulang,jika guru ramai,agihkan tugas,insyaAllah segalanya menjadi mudah.
Tips 8:Refleqtif Yang Baik/Penilai/ Perumus Yang Baik

   Penilaian dan rumusan perlu di buat sentiasa dari masa ke semasa.Prestasi ahli-ahli usrah perlu di lihat dari segi kefahaman ,kesungguhan,potensi,minat,kelemahan kekuatan untuk di ukur dan di nilai serta di laporlan secara bertulis disimpan di dalam fail khas usrah. Laporan ini berguna untuk ahli dan naqibah juga dmp sebagai panfuan susulan.Naqibah juga perlu meminta komen ahli tentang cara pengendalian usrahnya,tajuk yang di beri(samada sukar atau sebaliknya) mahupun sumber rujukan) Kita perlu melihat prestasi ahli untuk di kembangkan contohnya yang mahir berbicara berceloteh sesuai di latih sebagai pengerusi usrah,pegerusi majlis,pengerusi tetap dsb. Berdasarkan komen yang di beri bolehlah kita mengambil langkah pembetulan untuk merancang dan melaksanakan....Hasil rumusan yang di beri bertujuan untuk mencungkil bakat yang sedia ada, mencungkil bakat yang belum kelihatan agar dapat di serlahkan.Lihat contoh Tuan Haji Mohamad Sabu sorang tokoh di lahirkan melaui usrah yang mantap. Percakapan secara telus(berkata benar walau pun pahit) hanya boleh di realisasikan jika anak usrah kita bebas dari unsur mazmumah.Pastikan anda tidak terjerumus kedalamnya!bukan bereri anda tidak boleh memberikan peringatan tetapi gunalah bahasa yang baik mudah di fahami tetapi elakkanlah dari menyentuh perasaan individu.sukar bukan hendak menjaga hati semua ahli usrah tetapi ingatlah satu petua dari naqibah ini,JAGALAH HAQ ALLAH INSYALLAH HAQ INDIVIDU AKAN TERJAGA. . Hati-hati dengan ulasan dan gaya percakapan anda kerana tidak kena gayanya  ulasan yang anda berikan maka akan berkuranganlah jumlah kehadiran anak usrah anda pada minggu hadapan.Elakkan kita dari menjadi naqibah yang bercakap dari awal sehingga usai usrah....Sekiranya anda melihat suasana masih belum sesuai di beri ulasan yang agak sensitif,tangguhkan ke suatu masa yang sesuai.
Penutup: 

  Tugas mendidik adalah tugas yang sangat mulia di sisi Allah swt walaupun ianya kadangkala susah ,sangat rumit dan memerlukan banyaak pengorbana dan persiapan awal fizikal mahupun minda.kita sebagai seorang guru,pendidik,khususnya naqibah perlulah sentiasa berusaha mempertingkatkan diri sendiri.Pergantungan yang paling utama dalam segala tindak tanduk adalah kepada Allah swt semata-mata,mohon agar diberi kekuatan dan bekalan untuk terus bekerja dan berjihad untuk Islam.Janji Allah adalah benar.Sesiapa yang menolong di jalan Allah nescaya Allah akan menolongnya dan meninggikan kedudukan atau darjatnya di dunia mahupun di akhirat.
   Selamat Mencuba...Jangan Takut mencuba Kerana Anda Akan Menjadi Orang Yang sangat Berani Mencuba...kerana anda akan tahu hasilnya....ia akan melahirkan kejayaan walaupun tidak 8 yang di atas mugkin anda beroleh  9 ataupun 10 tips....mungkin lebih lagi....Tahniah!Tetapi jika tidak mencuba,1 pun anda tidak akan  mendapatnya....Jika anda berjaya sila kongsikan dengan kami.....Tafaddhal...                                                                                 Tkmgpm

Buat semua pengerusi Majlis Guru PASTI Negeri Sila Laksanakan Usrah Perdana Siri 2 Jika belum di Laksanakan...

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...