Tuesday 17 January 2012

AL FATIHAH CIKGU ZAINUN MAAS


Almarhumah Zainun Maas (bertudung biru) dalam Bengkel Pengurusan MGP 2012 Kawasan Gelang Patah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama para syuhada'..al fatihah.

5 guru Pasti kemalangan, seorang meninggal dunia


Harakahdaily,15 Jan 2012
GELANG PATAH, 15 Jan: Seorang guru Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya berhampiran Simpang Renggam kira-kira jam 3 petang tadi.

Mangsa, Zainon Maas, 30, dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas kenderaan MPV jenis Toyota Wish yang dinaikinya bersama lima lagi rakan guru Pasti yang lain, dirempuh dari arah belakang.

Akibat rempuhan itu, mangsa yang duduk di tempat duduk bahagian belakang didakwa tercampak keluar melalui bonet belakang yang terbuka, dan kemudian dilanggar oleh sebuah kenderaan lain yang mengakibatkan beliau cedera parah dan meninggal di tempat kejadian.

Dalam kejadian itu juga, seorang lagi rakannya juga dilapor turut cedara parah, manakala yang lain hanya mengalami cedera ringan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...