Saturday 4 February 2012

Tips Menangani Anak Hyperaktif

salam..
2012 membuka lembaran baru pada saya dan guru-guru di PASTI As Syifaa di mana pada tahun ini saya menerima seorang pelajar hyperaktif yang sangat menguji kesabaran kami.  Dilema antara menerima pelajar ini atau berterus terang dengan ibunya yang kami tidak mampu untuk mendidik anaknya.  Nasihat dari ketua cawangan agar kami menerima pelajar ini dan bersabar dalam mendidiknya. Haikal bukan sekadar tidak mampu untuk fokus bahkan mengganggu kawan-kawannya.

Saya nak berkongsi tips untuk menangani pelajar sebegini dengan sahabat-sahabat MGP, manalah tahu ada sahabat2 yang mengalami masaalah yang sama.  Dan sudah tentu tips ini untuk diri saya sendiri.

10 tips menangani anak hiperaktif:
  1. Disiplinkan anak hiperaktif dari awal dan jangan terlalu mengikut kecenderungan mereka supaya sikap hiperaktif mereka tersebut tidak terarah kepada perkara yang negatif.
  2. Sentiasa berwaspada dalam mengawasi anak-anak hiperaktif kerana ada kalanya tindakan mereka boleh membahayakan. Segera menegur dan menasihati anak hiperaktif sekiranya apa yang mereka lakukan bakal mendatangkan akibat buruk.
  3. Meluangkan lebih banyak masa untuk berkomunikasi dengan mereka. Jangan sekali-kali menampakkan kebencian kita terhadap mereka walaupun sikap dan tingkahlaku mereka tersebut kadang-kala memalukan serta mencetuskan perasaan marah (bengang!!)
  4. Bersabar dan tidak bertindak memukul mereka sekiranya melakukan kesalahan atau melanggar peraturan yang kita tetapkan. Sebaliknya cuba memberi nasihat secara rasional (kena banyak sabar).
  5. Tukar perkataan 'jangan' kepada ayat yang lebih mendorong mereka mengikut arahan; Contohnya apabila mereka berlari-lari di dalam rumah, biasanya ibu bapa akan menjerit 'jangan lari', cuba tukarkan kepada perkataan "Farid, boleh tak berjalan, kalau lari nanti jatuh". Dia akan ikut kejap, pastu lari lagi, jangan jemu memberi teguran!!
  6. Jangan mengungkap kata-kata negatif seperti "kenapa la kamu ni nakal sangat", bodoh atau seumpamanya kepada anak hiperaktif kerana kata-kata ibu bapa merupakan doa kepada mereka.
  7. Pelbagaikan aktiviti bagi mengelak kebosanan. Ibu bapa perlu kreatif untuk menyediakan aktiviti atau memberi tugas mudah bagi menyibukkan mereka di dalam aktiviti yang bermanfaat. Contoh pelihara ikan, tanam bunga dan seumpamanya.
  8. Cari kelebihan dalam diri mereka dan garap ke arah yang betul. Contohnya jika mereka bijak menghafal dialog di dalam tv, ajak mereka menghafal ayat-ayat pendek di dalam Al-Quran. Hafal ikut gaya iklan kegemaran atau ikut rentak nasyid (untuk permulaan hafalan).
  9. Usaha berterusan mendidik anak hiperaktif hendaklah dilakukan tanpa jemu walaupun ianya lebih sukar dan mencabar berbanding kanak-kanak lain. jangan ˉgive upˇ bercakap perkara yang sama kepada mereka
  10. Dapatkan nasihat pakar sekiranya tahap hiperaktif anak kita membimbangkan.

Walaupun demikian, kebiasaannya sifat hiperaktif beransur berkurangan ketika usia mereka mencecah 12 tahun.

Berdoa tanpa jemu dan akhir sekali bertawakkal kepada Allah SWT

Sumber: Rahsia Anak Pintar (MJaafar & Azlina)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...