Cadangan Lagu Nasyid Wajib Majlis Guru PASTI Malaysia
Hasil Perbengkelan di ILDAS
Cadangan 1 :
Hasil Perbengkelan di ILDAS
Cadangan 1 :
LAGU GURU PASTI MALAYSIA
KAMI GURU PASTI MALAYSIA
PUSAT ASUHAN TUNAS ISLAM
DENGAN MATLAMAT PENUH SEMANGAT
MENDIDIK ILMU DUNIA AKHIRAT
KAMI GURU GURU PASTI
DENGAN ILMU KAMI BERBAKTI
PEMANGKIN GENERASI AL QUR AN
SABAR MENGHADAPI CABARAN
C/O BERJIHAD LA WAHAI GURU PASTI
BERINOVASI DAN BERDEDIKASI
SUCI HATI JIWA MURNI
DEMI REDHA ILAHI
BERDIRI TEGUH BAGAI SERIKANDI
BERJUANG DENGAN SEIKHLAS HATI
MENEGAKKAN HUKUM ILAHI
WASATIAH DIRI BERAKHLAQ TINGGI
DEMI REDHA ILAHI
Cadangan 2: Hasil Bengkel 2
PENDIDIK SEPANJANG ZAMAN
KAMI GURU PASTI MALAYSIA
BERPEGANG TEGUH,BERKORBAN
MEMBIMBING ,MENDIDIK
ANAK-ANAK BANGSA
MENUJU KE JALAN ALLAH
GURU SEBAGAI IBU BAPA
KESETIAANMU MENGALIR WASIAT
AGAR ANAK DIDIKMU MENDAPAT MANFAAT
SEMOGA ALLAH MENURUNKAN RAHMAT
C/O
PENGORBANAN GURU PASTI
ISTIQAMAH KAMI
MOGA DI BERKATI DAN DI RAHMATI
YA ALLAH YA ALLAH YA ALLAH YA ALLAH
PERJUANGAN KAMI DAPAT DI RASAI
SELANGKAH DEMI SELANGKAH
MEMBINA SAKHSIYAH UMMAH
MEMBENTUK GENERASI AL QUR AN
Cadangan 3:
Boleh menggabungkan senikata dari dua lagu nasyid di atas
Cadangan 4:
Bebas memilih senikata sendiri
AJK
Majlis Guru PASTI Malaysia mencadangkan agar negeri-negeri mengadakan
pertandingan samada secara "live" atau rakaman.Lagu cadangan dari MGP
negeri akan di pertandingkan dalam bentuk yang akan di beritahu kelak.
Adalah
di harapkan AJK MGP Negeri-Negeri memberi penambahbaikan dan nafas
baru kepada cadangan lirik /irama dan senikata yang di beri samada dari
gabungan dua senkata di atas atau di tambah agar lebih jelas dan
tepat.Ianya hendaklah dalam bentuk nasyid yang boleh melahirkan semangat
dan daya juang guru PASTI agar lebih berdaya saing dan berwawasan serta
melahirkan rasa syukur dan taqwa serta memantapkan aqidah kepada Allah
swt.
Syarat penyertaan:
Jumlah peserta 7-10 orang satu negeri.(Belum di putuskan)
Di
harap melaui pertandingan yang di anjurkan dapat melahirkan idea bernas
dan kreatif serta menjalinkan ukhuwwah antara sesama guru.
Sebaiknya
MGP Negeri hendaklah mengadakan pertandingan diantara Majlis Guru
PASTI Kawasan-kawasan, atau membawa rakaman sebarang bentuk rakaman
dsbnya.
Lagu
rasmi MGPM akan di perdengarkan semasa Sambutan Hari Guru
@muktamar-muktamar atau acara rasmi MGPM dan ianya menjadi hak milik
MGPM.
Arahan formal akan di keluarkan oleh Setiausaha Saudari Rohani Awang Lah
No comments:
Post a Comment