Saturday 31 December 2011

Ucapan Ketua MGPM Sempena Persekolahan Sesi 2012



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam, salawat dan salam ke atas nabi Muhammad s.a.w., para sahabat dan pengikut baginda yang setia hingga akhir zaman.

Selaut kesyukuran  kepada Allah  kerana dapat menyampaikan sepatah dua kata dalam ruangan ini, tahniah kak Saadiah ucapkan kepada semua guru Pasti di semua peringkat, serta ibu bapa atas sokongan  membuka kelas pengajian di cawangan Pasti di seluruh negara pada sesi persekolahan 2012 nanti.

Belum terlambat rasanya untuk kak Saadiah mengucapkan selamat menyambut tahun hijrah 1433. Semoga tahun baru ini memberi kekuatan kepada kita meningkatkan amal solih untuk kesejahteraan hidup di dunia dan menjadi bekalan terbaik demi kehidupan di akhirat. Syukur kerana memilih kita sebagai muslimah bagi meneruskan perjuangan yang diamanahkan.

Saturday 24 December 2011

PASTI Mendapat Perhatian Antarabangsa

KUALA LUMPUR : Dewan Pemuda PAS Malaysia [DPPM] telah menerima kunjungan hormat daripada Gerakan Islam Sri Langka dan Pakistan yang lebih dikenali dengan nama Jama’ath-e-Islami.
Kunjungan hormat daripada gerakan Islam itu ke pejabat rasmi DPPM yang bertempat di Jalan Raja Laut petang tadi disambut oleh Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre selaku Penolong Setiausaha 2 DPPM dan turut menemai beliau adalah Ustaz Mohd Khairul selaku Setiausaha Kerja PAS Pusat.

Ilmu Dan Kebijaksanaan adalah Barang Yang tercicir..Haq diri seorang Muslim Dalam Wasiat Iman Imam AsSyafei

Salam Penghujung Tahun 2011 Buat Para Muallimah PASTI Malaysia...Bekalan Unttuk diri sendiri dan Sahabat sebagai bekalan diri....untuk menghadapi hari esok dan liku -liku  2012 dan jajahan hati seterusnya...

Hari ini ku titipkan mutiara ilmu yang di cicirkan oleh peserta Kem Kubro,  dengan beberapa penambahan yang juga di titipkan ilmu oleh murabbi -murabbi kepadaku......ku niatkan penulisan ini adalah untuk dirinya,juga kepada gurunya dan guru kepada gurunya dan seterusnya mereka yang ikhlas menitiskan ilmu untuk di alirkan kesetiap nadi muslimin dan muslimat. alangkah bahagianya kalian di doakan kesejahteraan buat selama-lamanya.Mudah-mudahan kita para muallimah sentiasa di doakan sedemikian dan dapat mengutip sebanyak-banyaknya buah ranum melalui benih dan tunas yang kita semai dan akan  kita bajainya....bersama-sama.Amin


30 Wasiat Iman  ...Imam AsySyafei

1.    Belajar Dan Mengajarkan Ilmu...
   a.  Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.
  b.  Tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri Cina..

Ilmu yang baik aadalah ilmu yang mendekatkan diri kita kepada Allah.Ilmu akhirat seperti tauhid atau ilmu dunia seperti sains atau matematik mesti di pelajari untuk lebih mengingati kebesaran,kewujudan dan kekuasaan Allah swt.


Pelajarilah Al Qur an,hayati dan amalkan,jadikan ianya perlembagaan dan perisai kehidupan dunia ,bekalan ke akhirat...mengaji dan mengkaji Al Qur'an.......

2.   Memilih Makanan Yang Halal

3 Memperbanyakkan Lima Perkara:
    1.Perbanyakkan menyebut Allah  dari menyebut makhluq
    2. Perbanyakkan menyebut urusaan akhirat daripada menyebut urusan dunia
    3..Perbanyakkan menyebut hal kematian dari hal keduniaan
    4.Jangan sekali-kali menyebut kebaikan diri dan keluarga
   5. Jangan di sebutkan  dan di nampak-nampak keburukan dan keaiban orang lain

Monday 19 December 2011

Bangunan Dan Cadangan Mural Bangunan PASTI


 Bangunan dan Mural PASTI
a) Warna cat bangunan PASTI
i. Dinding (Bahagian Atas) : Kuning.
(Kod warna : Yellow Green 462 - Nippon Paint)
ii. Tiang dan Dinding (Bahagian Bawah) : Hijau.
-2 kaki dari lantai (Kod warna : Lemony Green 619 - Nippon Matex)
iii. Pintu PASTI (Kayu) : Coklat.
(Kod warna : Oak 6322/Golden Brown 1322 - Colourland)
iv. Papan bawah hujung atap : Hijau.
(Kod warna : Green Land 6040 - Colourland)
v. Frame Tingkap : Putih.
vi. Atap : Tertakluk PASTI masing-masing.
b) Mural PASTI
Berikut adalah gambar yang perlu dilukis di dinding bangunan PASTI (tertakluk kepada kesesuaian ruang dinding / struktur premis PASTI masing-masing).
1.
Semut
“(Maralah angkatan itu) hingga apabila sampai ke “Waadin- Naml”, berkatalah seekor semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari”.” (27:18)

Friday 16 December 2011

AL FATIHAH..Almarhumah Zuraidah

TAKZIAH kepada keluarga almarhumah Zuraidah guru PASTI Batu Hampar, kawasan Bukit Gantang di atas pemergiannya pada jam 9 malam tadi 15 Dis 2011 kerana pecah pembuluh darah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang soleh. Al Fatihah..dari Pengerusi MGPM Pn Saadiah Abu Bakar

Monday 5 December 2011

AL FATIHAH, BUAT ALLAHYARHAMAH CHE ROHANAH..


Ucapan takziah kepada keluarga Cikgu Rohanah guru pasti bagan serai yang telah kembali ke rahmatullah pagi td 5 Dis 2011 bersamaan hari Isnin. Jenazah akan dikebumikan lepas Zohor. Semoga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya..Al-fatihah - Drpda Ketua MPG Malaysia

Sunday 4 December 2011

Seminar Pengurusan Majlis Guru PASTI Malaysia 2011

Makluman rasmi kepada Pengerusi PASTI Negeri-negeri. Sila ambil tindakan  segera untuk menghantar sekurang-kurangnya 10 orang wakil MGP Negeri-negeri ke program di bawah !

Seminar Pengurusan Majlis Guru PASTI Malaysia 2011

Tempat  :          Institut Latihan dan Dakwah Selangor ( ILDAS ),
                            Sungai Lang Parit Baru, Sungai Tawar
                            45100 Sabak Bernam, Selangor.
Tarikh  :           9  -  10 Disember 2011 ( Jumaat – Sabtu )
Tentatif Program

CATATAN PERJALANAN SEORANG KETUA MGPM

Cacatan perjalanan seorang ketua MGP Malaysia dalam membawa amanah sahabat-sahabat.

Salam semua sahabat mgp..

Tanggal 21 Okt 2011 jam 2.30 petang berbekalkan satu semangat untuk membuat kunjungan hormat kepada Ketua Pengarah yang baru diberi amanah untuk memegang teraju kepimpinan PASTI Malaysia, kami MGPM mengambil keputusan untuk ke rumah cikgu Hassan di Seri Iskandar Perak.

Dalam perjalanan kali ini, kak Saadiah tidak ditemani oleh seorang pun ‘body guard” kerana kak Saadiah ingin merasai bagaimana  perjalanan berseorangan. Kak Saadiah ingin menghayati pergantungan hanya kepada Allah dalam apa jua kesukaran yang dihadapi. Tambahan dalam musim hujan waktu kini, terbayang tragedi dua tahun yang lalu, rasa takut menghantui diri ini.  Namun berpegang kepada setiap yang berlaku adalah ketentuan Allah, kak Saadiah kuatkan tekad untuk meneruskan perjalanan. Kak Saadiah yakin perjalanan dalam melaksanakan kebaikan akan mendapat pertolongan daripada Allah dalam apa jua keadaan, insyaallah.

Saturday 3 December 2011

SEMINAR PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN MGPM

Muqaddimah

            Sebagai sebuah organisasi yang mempunyai identiti tersendiri. Majlis Guru PASTI Malaysia sudah semestinya  punya matlamat dan perancangan strategik  bagi mencapai gol organisasinya. Matlamat jangka  panjang dan jangka pendek yang dirancang seharusnya mempunyai strategi pelaksanaan khusus yang terancang dan sistematik. Sehubungan  dengan itu satu seminar berkaitan dengan pengurusan dan  pentadbiran organisasi akan diadakan kepada kepimpinan MGP setiap peringkat  sebagai satu motivasi dan pendedahan mengenai gaya kepimpinan yang berkesan.

Objektif

1. Mendedahkan  kaedah  pengurusan organisasi yang berkesan
2. Menyemarakkan minda kepimpinan MGP terhadap tanggungjawab yang  diamanahkan 
3. Supaya dapat mengurus organisasi dengan maklumat dan gaya pengurusan yang betul
4. Bagi menyatukan fikrah pengurusan dikalangan pimpinan MGP.

Sasaran

-                      Jawatankuasa Majlis Guru PASTI Malaysia ( 12 orang )
-                      Dewan Harian serta wakil MGP  setiap negeri ( 10 orang )
-                      Jumlah Peserta  120 orang.


Tarikh / Masa
           
            14 & 15 Muharram 1433 / 9 & 10 Disember 2011

Tempat
           
            Sabak Bernam Selangor DE 

Makluman seterusnya akan dimaklumkan kemudian, insyaallah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...