Tuesday 28 February 2012

IJTIMA' PILIHANRAYA KE 13 MGPM

Alhamdulillah, Program Ijtima' Pilihanraya ke 13 MGPM telah berjaya diadakan pada 24 dan 25 Feb 2012 bertempat di PUTIK Pengkalan Chepa Kota Bharu, Kelantan.  Program ini telah dihadiri oleh lebih 800 orang MGP seluruh negara. 


Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Besar Negeri Kelantan, YB Dato' Haji Ahmad Yaakob. Antara pembentang kertas kerja adalah YB Senator Mumtaz Md Nawi, YB Ustaz Muhammad Mustapha, Mohd Sany Bin Hamzah dan Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz.  


TAHNIAH MGPM atas usaha murni ini..








Monday 6 February 2012

Cadangan Lagu Nasyid Wajib Majlis Guru PASTI Malaysia

Hasil Perbengkelan di ILDAS

Cadangan 1 :

LAGU GURU PASTI MALAYSIA

KAMI GURU PASTI MALAYSIA
PUSAT ASUHAN TUNAS  ISLAM
DENGAN MATLAMAT PENUH  SEMANGAT
MENDIDIK ILMU DUNIA  AKHIRAT

         KAMI GURU GURU PASTI
         DENGAN ILMU KAMI BERBAKTI
         PEMANGKIN GENERASI AL QUR AN 
         SABAR MENGHADAPI   CABARAN

Saturday 4 February 2012

Tips Menangani Anak Hyperaktif

salam..
2012 membuka lembaran baru pada saya dan guru-guru di PASTI As Syifaa di mana pada tahun ini saya menerima seorang pelajar hyperaktif yang sangat menguji kesabaran kami.  Dilema antara menerima pelajar ini atau berterus terang dengan ibunya yang kami tidak mampu untuk mendidik anaknya.  Nasihat dari ketua cawangan agar kami menerima pelajar ini dan bersabar dalam mendidiknya. Haikal bukan sekadar tidak mampu untuk fokus bahkan mengganggu kawan-kawannya.

Saya nak berkongsi tips untuk menangani pelajar sebegini dengan sahabat-sahabat MGP, manalah tahu ada sahabat2 yang mengalami masaalah yang sama.  Dan sudah tentu tips ini untuk diri saya sendiri.

10 tips menangani anak hiperaktif:
  1. Disiplinkan anak hiperaktif dari awal dan jangan terlalu mengikut kecenderungan mereka supaya sikap hiperaktif mereka tersebut tidak terarah kepada perkara yang negatif.
  2. Sentiasa berwaspada dalam mengawasi anak-anak hiperaktif kerana ada kalanya tindakan mereka boleh membahayakan. Segera menegur dan menasihati anak hiperaktif sekiranya apa yang mereka lakukan bakal mendatangkan akibat buruk.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...