salam..
2012 membuka lembaran baru pada saya dan guru-guru di PASTI As Syifaa di mana pada tahun ini saya menerima seorang pelajar hyperaktif yang sangat menguji kesabaran kami. Dilema antara menerima pelajar ini atau berterus terang dengan ibunya yang kami tidak mampu untuk mendidik anaknya. Nasihat dari ketua cawangan agar kami menerima pelajar ini dan bersabar dalam mendidiknya. Haikal bukan sekadar tidak mampu untuk fokus bahkan mengganggu kawan-kawannya.
Saya nak berkongsi tips untuk menangani pelajar sebegini dengan sahabat-sahabat MGP, manalah tahu ada sahabat2 yang mengalami masaalah yang sama. Dan sudah tentu tips ini untuk diri saya sendiri.
10 tips menangani anak hiperaktif:
- Disiplinkan anak hiperaktif dari awal dan jangan terlalu mengikut kecenderungan mereka supaya sikap hiperaktif mereka tersebut tidak terarah kepada perkara yang negatif.
- Sentiasa berwaspada dalam mengawasi anak-anak hiperaktif kerana ada kalanya tindakan mereka boleh membahayakan. Segera menegur dan menasihati anak hiperaktif sekiranya apa yang mereka lakukan bakal mendatangkan akibat buruk.