Saturday 1 October 2011

Alam Ria PASTI Malaysia Meriah!

Sumber:http://www.tranungkite.net/v11/



Kuala Kangsar, 17 September : PASTI Malaysia telah berjaya menganjurkan program Alam Ria PASTI peringkat Kebangsaan bagi tahun 2011 pada Sabtu yang lalu. 12 buah negeri telah menghantar peserta untuk bertanding dalam acara hafazan, nasyid, pidato, azan, bercerita, khutbah dan deklamasi sajak. Pertandingan yang dijalankan di kompleks PAKAT, Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar tersebut dirasmikan oleh Dato; Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak.


Sewaktu berucap merasmikan majlis tersebut, Dato' Seri Nizar melahirkan rasa syukur dan gembira atas pencapaian dan kehebatan yang dicapai oleh PASTI pada hari ini. Beliau menegaskan lagi, PASTI telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan, bukan sekadar anak-anak yang ibu bapanya  ahli dan pemimpin UMNO bahkan telah mendapat sambutan dari kalangan masyarakat bukan Islam. Beliau amat mengharapkan PASTI terus berkembang maju pada masa akan datang sehingga mampu membina kampus pendidikan PASTI yang mengandungi sekolah rendah dan menengah PASTI seterusnya kolej universiti PASTI.

Sebelum itu, Ketua Pengarah PASTI Malaysia. Haji Hassan Haji Ahmad pula di dalam ucapan aluannya menyatakan bahawa usaha-usaha transformasi imej dan pemantapan pengurusan PASTI pada semua peringkat akan dilaksanakan. Beliau menyatakan bahawa PASTI akan melaksanakan beberapa usaha 'rebranding' dan beberapa produk baru PASTI akan diperkenalkan. Beliau menegaskan bahawa sasaran PASTI 2012 hingga 2016 ingin menjadikan PASTI sebagai pilihan utama rakyat di negara ini dalam mendapatkan pendidikan awal untuk anak-anak mereka.

Berikut keputusan pertandingan Alam Ria PASTI Malaysia Tahun 2011










No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...