Monday 6 February 2012

Cadangan Lagu Nasyid Wajib Majlis Guru PASTI Malaysia

Hasil Perbengkelan di ILDAS

Cadangan 1 :

LAGU GURU PASTI MALAYSIA

KAMI GURU PASTI MALAYSIA
PUSAT ASUHAN TUNAS  ISLAM
DENGAN MATLAMAT PENUH  SEMANGAT
MENDIDIK ILMU DUNIA  AKHIRAT

         KAMI GURU GURU PASTI
         DENGAN ILMU KAMI BERBAKTI
         PEMANGKIN GENERASI AL QUR AN 
         SABAR MENGHADAPI   CABARAN


C/O   BERJIHAD   LA WAHAI GURU PASTI      
         BERINOVASI DAN BERDEDIKASI
         SUCI HATI  JIWA   MURNI
         DEMI REDHA ILAHI

BERDIRI   TEGUH  BAGAI SERIKANDI
BERJUANG  DENGAN   SEIKHLAS  HATI
MENEGAKKAN   HUKUM   ILAHI
WASATIAH    DIRI  BERAKHLAQ   TINGGI
DEMI REDHA ILAHI




Cadangan 2: Hasil Bengkel 2



PENDIDIK SEPANJANG ZAMAN

KAMI GURU PASTI MALAYSIA
BERPEGANG TEGUH,BERKORBAN
MEMBIMBING ,MENDIDIK
ANAK-ANAK BANGSA
MENUJU KE JALAN ALLAH

             GURU SEBAGAI IBU BAPA
            KESETIAANMU MENGALIR WASIAT
            AGAR ANAK DIDIKMU MENDAPAT MANFAAT
            SEMOGA ALLAH MENURUNKAN RAHMAT

C/O
PENGORBANAN  GURU PASTI
ISTIQAMAH KAMI
MOGA DI BERKATI  DAN DI RAHMATI
YA ALLAH  YA ALLAH YA ALLAH YA ALLAH

        PERJUANGAN  KAMI DAPAT DI RASAI
        SELANGKAH   DEMI SELANGKAH
        MEMBINA SAKHSIYAH  UMMAH
        MEMBENTUK GENERASI  AL QUR AN

Cadangan 3: 
Boleh menggabungkan senikata dari dua lagu nasyid di atas 

Cadangan 4:
Bebas memilih senikata sendiri


AJK Majlis Guru PASTI Malaysia mencadangkan agar negeri-negeri mengadakan pertandingan samada secara "live" atau rakaman.Lagu cadangan dari MGP negeri akan di pertandingkan dalam bentuk yang akan di beritahu kelak.

Adalah di harapkan  AJK MGP Negeri-Negeri memberi penambahbaikan dan nafas baru kepada cadangan lirik /irama dan senikata yang di beri samada dari gabungan dua senkata di atas atau di tambah agar lebih jelas dan tepat.Ianya hendaklah dalam bentuk nasyid yang boleh melahirkan semangat dan daya juang guru PASTI agar lebih berdaya saing dan berwawasan serta melahirkan rasa syukur dan taqwa serta memantapkan aqidah  kepada Allah swt.

Syarat penyertaan:

Jumlah peserta  7-10  orang satu negeri.(Belum di putuskan)

Di harap melaui pertandingan yang di anjurkan dapat melahirkan idea bernas dan kreatif serta menjalinkan ukhuwwah antara sesama guru.
 Sebaiknya MGP Negeri hendaklah  mengadakan pertandingan diantara Majlis Guru PASTI Kawasan-kawasan, atau membawa rakaman sebarang bentuk rakaman dsbnya. 

Lagu rasmi MGPM akan di perdengarkan semasa Sambutan Hari Guru @muktamar-muktamar atau acara rasmi MGPM dan ianya menjadi hak milik MGPM.
Arahan formal akan di keluarkan oleh Setiausaha Saudari Rohani Awang Lah



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...