Saturday 13 August 2016

SESI BERGAMBAR MGPM

Malam tadi 12 Ogos 2016 AJK MGPM mengadakan sesi bergambar sempena mesyuarat pertama MGPM di Pejabat PASTI Gombak.  Semangat kakak-kakak kita ni.. :)






Monday 25 July 2016

ISTIADAT KONVOKESYEN PERGURUAN GURU PASTI MALAYSIA KALI KE 9










722 guru Pasti terima sijil pada konvo Pasti Malaysia

http://www.harakahdaily.net/

IZWAN ABDUL HALIM | .




PARIT: Majlis Konvokesyen Perguruan Pasti Malaysia Kali Ke-9 telah berlangsung dengan penuh istiadat gilang gemilang di Hotel D'Seri Iskandar, Tronoh di sini pada 22 dan 23 Julai.

Ucaptama dan pengurniaan sijil perguruan telah disempurnakan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada hari kemuncak, semalam.

Terdahulu pada istiadat pembukaan kelmarin, pengurnian sijil disampaikan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Seramai 722 guru layak menerima pengurniaan tersebut dengan perolehan masing-masing sama ada pencapaian Kepujian atau Puncak.

Menurut Ketua Pengarah Pasti Malaysia, Ustaz Mohd Azam Abd Samat, semua penerima adalah para guru yang telah lulus dengan memenuhi syarat kelayakan ditetapkan.

Antaranya ujar beliau, mengikuti tempoh kursus berperingkat antara dua setengah hingga tiga tahun, diikuti praktikum dan penilaian jati diri serta peperiksaan.

Menurutnya, syarat tersebut merupakan ketetapan standard yang perlu diperolehi setiap guru Pasti bagi memperolehi kelayakan mengajar.

Kejayaan para guru terbabit juga dirai dalam suasana penuh ceria dan gembira oleh ahli keluarga yang turut hadir memeriahkan majlis.

Sementara itu, guru Pasti dari Selangor, Atiqah Mohd Mokhtar telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Presiden atas kecemerlangan diperolehnya.

Beliau menerima plak dan hadiah khas atas pencapaiannya itu. –HARAKAHDAILY 24/7/2016

Menerima kunjungan daripada Pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia

http://www.pastimalaysia.com/

Tarikh : 27 JUN 2016
Tempat : Ibu Pejabat PASTi Malaysia .

 Ibu Pejabat Pasti Malaysia telah menerima kunjungan daripada pegawai-pegawai Kementerian Pelajaran Malaysia.

perbincangan berkaitan kepentingan pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia ini.
PASTI merupakan pemberi sumbangan yang besar kepada peratusan data kanak-kanak yang mengikuti pendidikan pra di malaysia ini.

Alhamdulillah, ia nya suatu pengiktirafan untuk pendidikan Pra sekolah ISLAM di Malaysia.

  

Friday 5 September 2014

Kurikulum Tadika PASTI Bertaraf Dunia


Pencapaian Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) kini menjadi perhatian banyak pihak termasuk oleh pihak kerajaan Malaysia. Ketua Pengarah PASTI Malaysia, Hassan Ahmad berkata, pelbagai pihak termasuk pakar-pakar pendidikan melawat dan membuat kunjungan ke PASTI untuk meninjau dan menimba pengalaman dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak, khususnya melihat kehebatan dan kejayaan pendidikan di PASTI-PASTI. 

Menurut beliau lagi, kurikulum PASTI terbukti terbaik di negara ini apabila murid-murid lepasan PASTI memperlihatkan pencapaian yang tinggi dalam ujian Linus di sekolah-sekolah rendah mengatasi tahap kelulusan kebangsaan. “Banyak pihak kini mohon kerjasama PASTI untuk mengetahui kepakaran dan pengalaman PASTI kerana PASTI telah berjaya menghasilkan murid-murid yang pintar soleh di negara ini”, tambah beliau sewaktu berucap dalam Karnival Alam Ria PASTI Peringkat Kebangsaan 2014 yang diadakan di Sek Agama At-Tanwiriah, Parit Jawa, semalam.

Beliau menyatakan, dalam masa terdekat ini PASTI Malaysia kini sedang diperingkat akhir memperkemaskan lagi kurikulum PASTI agar bertaraf dunia. PASTI juga sedang memperluaskan program Pra-Tahfiz PASTI ke seluruh negara agar ia berjalan sepenuhnya pada tahun hadapan. Menurut beliau lagi, PASTI kini telah melebarkan sayapnya ke peringkat antarabangsa apabila berjaya membuka beberapa buah tadika PASTI di luar negara.

Sewaktu merasmikan Karnival Alam Ria PASTI ini, ADUN Parit Yaani yang selaku Pesuruhjaya PAS Johor, YB Aminolhuda Hassan mengucapkan tahniah atas kehebatan dan kejayaan PASTI, khususnya PASTI-PASTI di negeri Johor ini. Beliau mengharapkan agar PASTI dapat terus berkembang di negeri Johor agar lebih ramai rakyat di Johor dapat menghantar anak-anak mereka ke PASTI-PASTI bagi mendapatkan pendidikan awal berteraskan Islam. Beliau melahirkan rasa syukur kerana PASTI telah berjaya menjadi pilihan utama rakyat di negara ini.

Karnival PASTI Malaysia Peringkat Kebangsaan kali ini memperlihat semua negeri menghantar peserta untuk pertandingan bernasyid, bersajak, bercerita, hafazan al-qur’an, azan, khutbah, Kalam Jamaiey (choral speaking -Bahasa Arab) dan pidato. Rata-rata orang ramai yang hadir terpegun dengan keberanian dan kepetahan murid-murid PASTI seawal usia 4, 5 dan 6 tahun itu mempersembahkan bakat masing-masing. Negeri Johor telah menjadi Johan keseluruhan bagi acara-acara yang dipertandingkan pada kali ini.






TOKOH SITI KHADIJAH 2014



TAHNIAH KAK SAADIAH... 

Friday 12 October 2012

TAKLIMAT NURUL QURAN

Alhamdulillah waktu ini 10 Sept 2012 (Jumaat) 1.30pm sedang berjalan taklimat Nurul Quran di Pejabat PASTI Malaysia. Program berjalan lancar dengan peserta-peserta yang terdiri dari Jurulatih Utama setiap negeri begitu bersamangat menimba ilmu dari Kak yah (Puan Khairiah Mohd) dan pembantu Cik Rusilawati.

Mudah-mudahan JU-JU ini dapat turunkan pula kepada MGP di negeri masing-masing mengikut jadual yang telah disediakan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...