Saturday 31 December 2011

Ucapan Ketua MGPM Sempena Persekolahan Sesi 2012



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam, salawat dan salam ke atas nabi Muhammad s.a.w., para sahabat dan pengikut baginda yang setia hingga akhir zaman.

Selaut kesyukuran  kepada Allah  kerana dapat menyampaikan sepatah dua kata dalam ruangan ini, tahniah kak Saadiah ucapkan kepada semua guru Pasti di semua peringkat, serta ibu bapa atas sokongan  membuka kelas pengajian di cawangan Pasti di seluruh negara pada sesi persekolahan 2012 nanti.

Belum terlambat rasanya untuk kak Saadiah mengucapkan selamat menyambut tahun hijrah 1433. Semoga tahun baru ini memberi kekuatan kepada kita meningkatkan amal solih untuk kesejahteraan hidup di dunia dan menjadi bekalan terbaik demi kehidupan di akhirat. Syukur kerana memilih kita sebagai muslimah bagi meneruskan perjuangan yang diamanahkan.

Saturday 24 December 2011

PASTI Mendapat Perhatian Antarabangsa

KUALA LUMPUR : Dewan Pemuda PAS Malaysia [DPPM] telah menerima kunjungan hormat daripada Gerakan Islam Sri Langka dan Pakistan yang lebih dikenali dengan nama Jama’ath-e-Islami.
Kunjungan hormat daripada gerakan Islam itu ke pejabat rasmi DPPM yang bertempat di Jalan Raja Laut petang tadi disambut oleh Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre selaku Penolong Setiausaha 2 DPPM dan turut menemai beliau adalah Ustaz Mohd Khairul selaku Setiausaha Kerja PAS Pusat.

Ilmu Dan Kebijaksanaan adalah Barang Yang tercicir..Haq diri seorang Muslim Dalam Wasiat Iman Imam AsSyafei

Salam Penghujung Tahun 2011 Buat Para Muallimah PASTI Malaysia...Bekalan Unttuk diri sendiri dan Sahabat sebagai bekalan diri....untuk menghadapi hari esok dan liku -liku  2012 dan jajahan hati seterusnya...

Hari ini ku titipkan mutiara ilmu yang di cicirkan oleh peserta Kem Kubro,  dengan beberapa penambahan yang juga di titipkan ilmu oleh murabbi -murabbi kepadaku......ku niatkan penulisan ini adalah untuk dirinya,juga kepada gurunya dan guru kepada gurunya dan seterusnya mereka yang ikhlas menitiskan ilmu untuk di alirkan kesetiap nadi muslimin dan muslimat. alangkah bahagianya kalian di doakan kesejahteraan buat selama-lamanya.Mudah-mudahan kita para muallimah sentiasa di doakan sedemikian dan dapat mengutip sebanyak-banyaknya buah ranum melalui benih dan tunas yang kita semai dan akan  kita bajainya....bersama-sama.Amin


30 Wasiat Iman  ...Imam AsySyafei

1.    Belajar Dan Mengajarkan Ilmu...
   a.  Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.
  b.  Tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri Cina..

Ilmu yang baik aadalah ilmu yang mendekatkan diri kita kepada Allah.Ilmu akhirat seperti tauhid atau ilmu dunia seperti sains atau matematik mesti di pelajari untuk lebih mengingati kebesaran,kewujudan dan kekuasaan Allah swt.


Pelajarilah Al Qur an,hayati dan amalkan,jadikan ianya perlembagaan dan perisai kehidupan dunia ,bekalan ke akhirat...mengaji dan mengkaji Al Qur'an.......

2.   Memilih Makanan Yang Halal

3 Memperbanyakkan Lima Perkara:
    1.Perbanyakkan menyebut Allah  dari menyebut makhluq
    2. Perbanyakkan menyebut urusaan akhirat daripada menyebut urusan dunia
    3..Perbanyakkan menyebut hal kematian dari hal keduniaan
    4.Jangan sekali-kali menyebut kebaikan diri dan keluarga
   5. Jangan di sebutkan  dan di nampak-nampak keburukan dan keaiban orang lain

Monday 19 December 2011

Bangunan Dan Cadangan Mural Bangunan PASTI


 Bangunan dan Mural PASTI
a) Warna cat bangunan PASTI
i. Dinding (Bahagian Atas) : Kuning.
(Kod warna : Yellow Green 462 - Nippon Paint)
ii. Tiang dan Dinding (Bahagian Bawah) : Hijau.
-2 kaki dari lantai (Kod warna : Lemony Green 619 - Nippon Matex)
iii. Pintu PASTI (Kayu) : Coklat.
(Kod warna : Oak 6322/Golden Brown 1322 - Colourland)
iv. Papan bawah hujung atap : Hijau.
(Kod warna : Green Land 6040 - Colourland)
v. Frame Tingkap : Putih.
vi. Atap : Tertakluk PASTI masing-masing.
b) Mural PASTI
Berikut adalah gambar yang perlu dilukis di dinding bangunan PASTI (tertakluk kepada kesesuaian ruang dinding / struktur premis PASTI masing-masing).
1.
Semut
“(Maralah angkatan itu) hingga apabila sampai ke “Waadin- Naml”, berkatalah seekor semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari”.” (27:18)

Friday 16 December 2011

AL FATIHAH..Almarhumah Zuraidah

TAKZIAH kepada keluarga almarhumah Zuraidah guru PASTI Batu Hampar, kawasan Bukit Gantang di atas pemergiannya pada jam 9 malam tadi 15 Dis 2011 kerana pecah pembuluh darah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang soleh. Al Fatihah..dari Pengerusi MGPM Pn Saadiah Abu Bakar

Monday 5 December 2011

AL FATIHAH, BUAT ALLAHYARHAMAH CHE ROHANAH..


Ucapan takziah kepada keluarga Cikgu Rohanah guru pasti bagan serai yang telah kembali ke rahmatullah pagi td 5 Dis 2011 bersamaan hari Isnin. Jenazah akan dikebumikan lepas Zohor. Semoga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya..Al-fatihah - Drpda Ketua MPG Malaysia

Sunday 4 December 2011

Seminar Pengurusan Majlis Guru PASTI Malaysia 2011

Makluman rasmi kepada Pengerusi PASTI Negeri-negeri. Sila ambil tindakan  segera untuk menghantar sekurang-kurangnya 10 orang wakil MGP Negeri-negeri ke program di bawah !

Seminar Pengurusan Majlis Guru PASTI Malaysia 2011

Tempat  :          Institut Latihan dan Dakwah Selangor ( ILDAS ),
                            Sungai Lang Parit Baru, Sungai Tawar
                            45100 Sabak Bernam, Selangor.
Tarikh  :           9  -  10 Disember 2011 ( Jumaat – Sabtu )
Tentatif Program

CATATAN PERJALANAN SEORANG KETUA MGPM

Cacatan perjalanan seorang ketua MGP Malaysia dalam membawa amanah sahabat-sahabat.

Salam semua sahabat mgp..

Tanggal 21 Okt 2011 jam 2.30 petang berbekalkan satu semangat untuk membuat kunjungan hormat kepada Ketua Pengarah yang baru diberi amanah untuk memegang teraju kepimpinan PASTI Malaysia, kami MGPM mengambil keputusan untuk ke rumah cikgu Hassan di Seri Iskandar Perak.

Dalam perjalanan kali ini, kak Saadiah tidak ditemani oleh seorang pun ‘body guard” kerana kak Saadiah ingin merasai bagaimana  perjalanan berseorangan. Kak Saadiah ingin menghayati pergantungan hanya kepada Allah dalam apa jua kesukaran yang dihadapi. Tambahan dalam musim hujan waktu kini, terbayang tragedi dua tahun yang lalu, rasa takut menghantui diri ini.  Namun berpegang kepada setiap yang berlaku adalah ketentuan Allah, kak Saadiah kuatkan tekad untuk meneruskan perjalanan. Kak Saadiah yakin perjalanan dalam melaksanakan kebaikan akan mendapat pertolongan daripada Allah dalam apa jua keadaan, insyaallah.

Saturday 3 December 2011

SEMINAR PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN MGPM

Muqaddimah

            Sebagai sebuah organisasi yang mempunyai identiti tersendiri. Majlis Guru PASTI Malaysia sudah semestinya  punya matlamat dan perancangan strategik  bagi mencapai gol organisasinya. Matlamat jangka  panjang dan jangka pendek yang dirancang seharusnya mempunyai strategi pelaksanaan khusus yang terancang dan sistematik. Sehubungan  dengan itu satu seminar berkaitan dengan pengurusan dan  pentadbiran organisasi akan diadakan kepada kepimpinan MGP setiap peringkat  sebagai satu motivasi dan pendedahan mengenai gaya kepimpinan yang berkesan.

Objektif

1. Mendedahkan  kaedah  pengurusan organisasi yang berkesan
2. Menyemarakkan minda kepimpinan MGP terhadap tanggungjawab yang  diamanahkan 
3. Supaya dapat mengurus organisasi dengan maklumat dan gaya pengurusan yang betul
4. Bagi menyatukan fikrah pengurusan dikalangan pimpinan MGP.

Sasaran

-                      Jawatankuasa Majlis Guru PASTI Malaysia ( 12 orang )
-                      Dewan Harian serta wakil MGP  setiap negeri ( 10 orang )
-                      Jumlah Peserta  120 orang.


Tarikh / Masa
           
            14 & 15 Muharram 1433 / 9 & 10 Disember 2011

Tempat
           
            Sabak Bernam Selangor DE 

Makluman seterusnya akan dimaklumkan kemudian, insyaallah.

Tuesday 29 November 2011

Pertemuan Pakatan Utara

Ahad 01 Muharram 1433 H.
Hari ini berlangsung pertemuan rasmi Jawatankuasa Harian PASTI Malaysia dengan penggerak PASTI di empat buah negeri utara semenanjung.
Maklumat program seperti tercatat di bawah.
1. PASTI Negeri Pulau Pinang.
Dewan An-Nahdhoh, Kubang Semang,  27.11.2011. Mulai jam 11.30 pagi.
2.Pertemuan dengan PASTI Perlis
Kompleks PAS Perlis, Kangar.  27.11.2011. Mulai jam 8.00 malam.
3. Pertemuan dengan PASTI Negeri Kedah. ILPAS Pesort, Kuala Nerang.
28.11.2011. Mulai jam 11.30 pagi.
4. Pertemuan dengan PASTI Negeri Perak
Pejabat PASTI Negeri Perak, Halaman Meru Impian, Ipoh.
28.11.2011.  Mulai jam 8.30 malam.

Monday 14 November 2011

AL FATIHAH..




Dari wall Facebook PASTI MALAYSIA: Al-Fatihah Jumaat 15 Zulhijjah 1432. pagi ini kami menerima suatu berita sedih daripada PASTI Perlis. Cikgu Siti Aishah @ Rospenzi daripada PASTI Behor Mali, Perlis meninggal dunia pagi ini akibat kemalangan jalan raya di Simpang Empat.Seluruh warga PASTI Malaysia mengucapkan takziah kepada keluarga Almarhumah. Semoga rohnya ditempatkan ke dalam golongan hamba yang beriman dan beramal soleh.

Saturday 5 November 2011

Kunjungan Rasmi MGPM ke Rumah Ketua Pengarah PASTI Malaysia

sumber: http://pastipusat.wordpress.com/



Pagi ini berlangsung program kunjungan rasmi MGPM ke rumah Cikgu Hasan Ahmad bertempat di Desa Iskandar, Perak.
Majlis berlangsung di dalam suasana penuh mesra selama lebih kurang dua jam di antara ajk MGPM dengan Cikgu Hasan dan isteri.
Pada penghujung program, MGPM telah menyampaikan cenderamata kenang-kenangaan kepada Cikgu Hasan. Diharapkan kunjungan MGPM tidak berakhir di situ sahaja dan dapat menyemarakkan lagi semangat juang ajk MGPM memantapkan kerja seharian.

Penyerahan memorandum oleh Ketua MGP Malaysia kepada Ketua Pengarah PASTI.

Kenangan

Monday 31 October 2011

semuanya biarlah berpada...


Dari  Sufi: 

SAYANG ALLAH SYURGAnya sentiasa TERBUKA

SAYANG RASUL menjauhkan neraka

SAYANG AGAMA elak petaka

SAYANG IBU jangan derhaka

SAYANG AYAH elak di murka

SAYANG IMAN amal di rangka

SAYANG HATI berbaik sangka

SAYANG ILMU tiada pusaka

SAYANG NYAWA usah berleka

SAYANG HARTA biaar berpada

SAYANG SAUDARA membalut luka

SAYANG KEKASIH semaikan suka

SAYANG SAHABAT sanggup terluka

SAYANG KAWAN maniskan muka

Tuesday 11 October 2011

........matamu wahai para muallimah....

Tazkirah Penghujung Buat Para Muallimah
    Walaupun kesibukan membuat persediaan mengajar atau alat bantu mengajar sudah tidak rancak lagi......ini satu coretan yang bukan asing untuk renungan...
Kita biasa menangis kerana kehilangan sesuatu yang amat kita sayangi seperti kematian ahli keluarga atau kehilangan harta benda. Ada orang menangis kerana putus cinta, kerana menanggung kesakitan dan ada juga menangis bila menonton drama atau filem yang menyayat hati.

Sekiranya anda mudah menangis,alhamdulillah itu menandakan anda mempunyai hati yang lunak dan lembut. Cuma perlu diubah menangis untuk perkara yang boleh memberi manfaat untuk kehidupan akhirat kita iaitu menangis kerana takutkan Allah. Kita sepatutnya menangis  bila mengenangkan dosa-dosa yang telah kita lakukan. Dosa-dosa ini yang akan menghumbankan kita ke neraka sekiranya tidak diampunkan oleh Allah SWT.

Ada yang mennangis kerana kegembiraan....

Ambillah masa yang sesuai untuk diri bertafakkur dan bermuhasabah terhadap dosa-dosa lampau. Ikutilah dengan taubat, menyesal dan berazam tidak mengulanginya.

Menangislah untuk perkara seperti ini kerana janji Rasulullah saw:

عَيْنَانِ لاَ تَمَسُّهُمَا النَّارُ: عَيْنٌ بَكَتْ مِنْ خَشْيَةِ اللهِ وَعَيْنٌ بَاتَتْ تَحْرِسُ فِيْ سَبِيْلِ اللهِ


“Dua mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka: (pertama) mata yang menangis kerana takut kepada Allah, (kedua) mata yang bermalam dalam keadaan berjaga di jalan Allah”. [Imam al-Tirmizi. dishahih-kan oleh Syaikh Al- Albaniy]

Maksud tidak akan disentuh oleh api neraka ialah tidak akan dimasukkan ke dalam neraka. Sungguh besar ganjaran yang dijanjikan kepada golongan  yang sentiasa bermuhasabah diri di dunia sehingga mengalir air matanya kerana takutkan pembalasan Allah di akhirat.
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari disebut tujuh golongan yang akan mendapat naungan daripada Allah di akhirat. Salah satu daripadanya ialah lelaki yang mengingati Allah lalu mengalir airmatanya.

   Seorang muallimah mengambil masa menanda kertas soalan lewat malam,menulis buku rekod mengajar tanpa mengira imbuhan atau ganjaran mudah-mudahan Allah akan mencatatnya sebagai amalan baik yang berlipat kali ganda dan mata yang di sengkang itulah yang takkan di sentuh oleh neraka Allah... insyaAllah...Di musim musim ihtifal mualllimah sibuk denga persiapan alat bantu untuk menceriakan persembahan pentas buat persembahan akhir tahun anak-anak PASTI sudah tentu istilah penat letih bersilih ganti namun ianya pasti akan berlalu sebaik sahaja kering keringat dan melihat anak-anak tersenyum girang.....

Semoga Allah membimbing dan memberi kekuatan kepada kita agar sentiasa menjadi hambaNya yang bermuhasabah diri, menangis dan sentiasa bertaubat terhadap dosa yang dilakukan.Syukur buat para murabbi dan muraabiah yang sentiasa luhur hati budi dalam menabur ilmu...

Monday 3 October 2011

تربية الاولاد

Thabrani meriwayatkan dari Ibnu Abbas RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Perkiraan iman yang terkuat adalah saling bersahabat kerana Allah ,bermusuhan kerana Allah,berkasihsyang kerana Allah,membenci pun kerana Allah.

Contoh yang di riwayatkan oleh Bukhari"Kaab menceritakan tentang dirinya di boikot bersama dua orang temannya yang lain kerana tidak mahu menyertai perang Taabuk (Nabi melarang kaum muslimin dari berhubungan/berbual dsb selama lima puluh hari lima puluh malam sehinggalah turunnya wahyu menerima taubat mereka....

Sebanyak mana kasih sayaang seorang ibu ataupun bapa kepada anak-anaknya biarlah berasaskan kepada Allah SWT.Kasih sayang yang melimpah ruah/berlebih-lebihan bagai menatang minyak yang penuh kadang-kadang boleh menyebabkan anak-anak terlebih manja dan kadang-kadang sukar untuk berdikari.

   Memberi denda atau pengajaran kepada anak-anak jika melakukan kesalahan pun kita di minta agar berpada-pada.Saya pernah melihat kesan merah lima jari di pipi anak murid lelaki saya akibat kesan  di tampar oleh bapa hanya kerana si anak membuat bising setelah di larang berulang kali....Alasan yang di beri si ibu ,bapanya sakit gigi hari itu....daan agak penat kerana baru pulang dari kerja shift malam....

    Dalam konteks kita sebagai muallimah pun sudah semestinya banyak iktibar dan pengajaran perlu kita ulangtayangkan sentiasa di minda kita agar kita sentiasa bijak dalam membuat tindakan.Waspada! Setiap cubitan ,tamparan,jerkahan anda akan sentiasa bergentayangan di minda atau benak anak-anak 10,20 tahun akan datang!!!!Nasib tak baik dia akan jadikan sebagai satu cerita apabila dia menginjak dewasa...satu peristiwa yang tak pernah dia lupakan.....

Saturday 1 October 2011

Majlis Meraikan Para Petugas Alam Ria PASTI Malaysia 2011

Sumber: http://pastipusat.wordpress.com/

Selasa 22 Syawal.

Majlis bermula jam 2020 dengan jamuan kesyukuran. Walaupun ringkas menunya namun padat dengan sajian yang mampu menggamit selera para petugas. Tahniah kepada Pengarah JK Pengelola dan keluarga kerana bertungkus-lumus sejak pagi lagi menyediakan menu jamuan.


Selesai solat Isya’, mesyuarat post mortem dijalankan. Banyak perkara dan idea baru yang boleh dipraktikkan untuk penambahbaikan Alam Ria pada masa hadapan telah dikumpulkan.

Alam Ria PASTI Malaysia Meriah!

Sumber:http://www.tranungkite.net/v11/



Kuala Kangsar, 17 September : PASTI Malaysia telah berjaya menganjurkan program Alam Ria PASTI peringkat Kebangsaan bagi tahun 2011 pada Sabtu yang lalu. 12 buah negeri telah menghantar peserta untuk bertanding dalam acara hafazan, nasyid, pidato, azan, bercerita, khutbah dan deklamasi sajak. Pertandingan yang dijalankan di kompleks PAKAT, Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar tersebut dirasmikan oleh Dato; Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak.

Keputusan Alam Ria PASTI Malaysia 2011

sumber: http://pastipusat.wordpress.com/


19 Syawal  1432H


Jam 1300 Majlis Perasmian Penutup Alam Ria PASTI Malaysia bermula. Dato’ Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin telah sudi meluangkan masa bagi menyempurnakan acara kemuncak ini.


Penat lelah bertarung selama hampir dua hari ini berbaloi dengan hadiah yang akan dibawa pulang oleh setiap kontinjen.


Tahniah kepada semua pemenang ! Semoga kita berjumpa lagi pada tahun hadapan dengan suasana yang lebih meriah !


Dato' Seri & Para Pemenang
KEPUTUSAN ALAM RIA PASTI MALAYSIA 2011

Friday 30 September 2011

.....hati manusia mati..... hidupkanlah ia....


setiap manusia itu tidur.........ia akan terjaga apabila ianya mati.....

    untuk menjadikan ianya hidup sebagai hamba Allah hidupkanlah hatinya.....dengan....

1.....sentiasa mengingati Allah...

2....tadabbur /tilawah al Qur an

3....sentiasa beristighfar kepada Allah

4. ...sentiasa berdoa kepada Allah

8 Tips Untuk Naqibah. (Sangat Berguna Untuk Para Muallimah)

.........Salam Sejahtera Untuk Para Mujahidah Naqibat........
    Jadikan tips ini sebagai satu method/kaedah/cara dalam menangani masalah bersama anak usrah mu.Jadikan ia sebagai panduan jika anda tiada cara lain yang khusus.Ini sekadar perkongsian jika ianya mendatangkan kebaikan/manfaat amalkanlan moga kita sama-sama menyumbang kepada mereka yang terdahulu dan terkemudian.Jika di teliti dengan lebih halus dan lebih mendalam ia sangat berguna tatkala berdepan bukan sahaja dengan guru PASTI tetapi anak anak PASTI itu sendiri bahkan ibu mahupun bapa hatta sesiapa yang berurusan dengan kita,guru PASTI.Mulakan usrah dengan sedeqahkan al Fatihah untuk mereka....Pastikan Tabung usrah berjalan dengan baik walau pun sedikit....Jangan fokuskan usrah dengan menu makanan semata-mata....

Tips1: Kenalilah ahli usrah dengan Baik.
   Naqibah perlu mengenali ahli usrahnya dengan lebih mendalam.Selidikilah latrbelakang mereka,diri,keluarga,pendidikan,pekerjaan (jika bukan guru PASTI),perkara yang di sukai,yang tidak di sukai dan sebagainya. Ikuti perkembangan hidup mereka(untuk lihat dari segi kebajikan,kewangan dsb.Maklumat ini adalah sangat berguna dan berkesan untuk mentadbir usrah agar lebih bermaklumat agar kita dapat bertindak dengan tepat ,adil sesuai dengan peribadi masing-masing.

Thursday 29 September 2011

Syawal telah berlalu....

   Cd soalan telah pun di edarkan ke negeri-negeri....Peperiksaaan akan di jalankan serentak di PASTI seluruh Malaysia bermula dari 10hb Oktober  sehingga 13hb Oktber 2011 .Di ingatkan kepada semua guru-guru gunakan masa untuk ulangkaji pelajaran sebaiknya,bukan menjadikan pengajaran dan pembelajaran sebagai pengajaran berpaksikan peperiksaan.
     Ingatan Khusus Dari Ketua Unit Kurikulum Dan Peperiksaan MGPM

Kepada anak-anak PASTI,jangan tiru-tiru kertas kawan-kawan....Selamat Menjalani Peperiksaan!!!!
     Daripada Muallimah...

Wednesday 28 September 2011

Assalamualaikum..

Salam ukhuwwah''

Semoga dengan adanya blog ini, mgp pusat akan mengorak selangkah lagi ke depan dalam dunia ICT untuk bersama memeriahkan lagi dunia tanpa sempadan..

testing..testing..
Kita buka jalan dan buka pintu untuk lajnah ict@unit penerangan  sebenarnya....unit lain akan menyusul....tungguuuuuuu .....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...