Tuesday 11 October 2011

........matamu wahai para muallimah....

Tazkirah Penghujung Buat Para Muallimah
    Walaupun kesibukan membuat persediaan mengajar atau alat bantu mengajar sudah tidak rancak lagi......ini satu coretan yang bukan asing untuk renungan...
Kita biasa menangis kerana kehilangan sesuatu yang amat kita sayangi seperti kematian ahli keluarga atau kehilangan harta benda. Ada orang menangis kerana putus cinta, kerana menanggung kesakitan dan ada juga menangis bila menonton drama atau filem yang menyayat hati.

Sekiranya anda mudah menangis,alhamdulillah itu menandakan anda mempunyai hati yang lunak dan lembut. Cuma perlu diubah menangis untuk perkara yang boleh memberi manfaat untuk kehidupan akhirat kita iaitu menangis kerana takutkan Allah. Kita sepatutnya menangis  bila mengenangkan dosa-dosa yang telah kita lakukan. Dosa-dosa ini yang akan menghumbankan kita ke neraka sekiranya tidak diampunkan oleh Allah SWT.

Ada yang mennangis kerana kegembiraan....

Ambillah masa yang sesuai untuk diri bertafakkur dan bermuhasabah terhadap dosa-dosa lampau. Ikutilah dengan taubat, menyesal dan berazam tidak mengulanginya.

Menangislah untuk perkara seperti ini kerana janji Rasulullah saw:

عَيْنَانِ لاَ تَمَسُّهُمَا النَّارُ: عَيْنٌ بَكَتْ مِنْ خَشْيَةِ اللهِ وَعَيْنٌ بَاتَتْ تَحْرِسُ فِيْ سَبِيْلِ اللهِ


“Dua mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka: (pertama) mata yang menangis kerana takut kepada Allah, (kedua) mata yang bermalam dalam keadaan berjaga di jalan Allah”. [Imam al-Tirmizi. dishahih-kan oleh Syaikh Al- Albaniy]

Maksud tidak akan disentuh oleh api neraka ialah tidak akan dimasukkan ke dalam neraka. Sungguh besar ganjaran yang dijanjikan kepada golongan  yang sentiasa bermuhasabah diri di dunia sehingga mengalir air matanya kerana takutkan pembalasan Allah di akhirat.
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari disebut tujuh golongan yang akan mendapat naungan daripada Allah di akhirat. Salah satu daripadanya ialah lelaki yang mengingati Allah lalu mengalir airmatanya.

   Seorang muallimah mengambil masa menanda kertas soalan lewat malam,menulis buku rekod mengajar tanpa mengira imbuhan atau ganjaran mudah-mudahan Allah akan mencatatnya sebagai amalan baik yang berlipat kali ganda dan mata yang di sengkang itulah yang takkan di sentuh oleh neraka Allah... insyaAllah...Di musim musim ihtifal mualllimah sibuk denga persiapan alat bantu untuk menceriakan persembahan pentas buat persembahan akhir tahun anak-anak PASTI sudah tentu istilah penat letih bersilih ganti namun ianya pasti akan berlalu sebaik sahaja kering keringat dan melihat anak-anak tersenyum girang.....

Semoga Allah membimbing dan memberi kekuatan kepada kita agar sentiasa menjadi hambaNya yang bermuhasabah diri, menangis dan sentiasa bertaubat terhadap dosa yang dilakukan.Syukur buat para murabbi dan muraabiah yang sentiasa luhur hati budi dalam menabur ilmu...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...