Monday 31 October 2011

semuanya biarlah berpada...


Dari  Sufi: 

SAYANG ALLAH SYURGAnya sentiasa TERBUKA

SAYANG RASUL menjauhkan neraka

SAYANG AGAMA elak petaka

SAYANG IBU jangan derhaka

SAYANG AYAH elak di murka

SAYANG IMAN amal di rangka

SAYANG HATI berbaik sangka

SAYANG ILMU tiada pusaka

SAYANG NYAWA usah berleka

SAYANG HARTA biaar berpada

SAYANG SAUDARA membalut luka

SAYANG KEKASIH semaikan suka

SAYANG SAHABAT sanggup terluka

SAYANG KAWAN maniskan muka

Tuesday 11 October 2011

........matamu wahai para muallimah....

Tazkirah Penghujung Buat Para Muallimah
    Walaupun kesibukan membuat persediaan mengajar atau alat bantu mengajar sudah tidak rancak lagi......ini satu coretan yang bukan asing untuk renungan...
Kita biasa menangis kerana kehilangan sesuatu yang amat kita sayangi seperti kematian ahli keluarga atau kehilangan harta benda. Ada orang menangis kerana putus cinta, kerana menanggung kesakitan dan ada juga menangis bila menonton drama atau filem yang menyayat hati.

Sekiranya anda mudah menangis,alhamdulillah itu menandakan anda mempunyai hati yang lunak dan lembut. Cuma perlu diubah menangis untuk perkara yang boleh memberi manfaat untuk kehidupan akhirat kita iaitu menangis kerana takutkan Allah. Kita sepatutnya menangis  bila mengenangkan dosa-dosa yang telah kita lakukan. Dosa-dosa ini yang akan menghumbankan kita ke neraka sekiranya tidak diampunkan oleh Allah SWT.

Ada yang mennangis kerana kegembiraan....

Ambillah masa yang sesuai untuk diri bertafakkur dan bermuhasabah terhadap dosa-dosa lampau. Ikutilah dengan taubat, menyesal dan berazam tidak mengulanginya.

Menangislah untuk perkara seperti ini kerana janji Rasulullah saw:

عَيْنَانِ لاَ تَمَسُّهُمَا النَّارُ: عَيْنٌ بَكَتْ مِنْ خَشْيَةِ اللهِ وَعَيْنٌ بَاتَتْ تَحْرِسُ فِيْ سَبِيْلِ اللهِ


“Dua mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka: (pertama) mata yang menangis kerana takut kepada Allah, (kedua) mata yang bermalam dalam keadaan berjaga di jalan Allah”. [Imam al-Tirmizi. dishahih-kan oleh Syaikh Al- Albaniy]

Maksud tidak akan disentuh oleh api neraka ialah tidak akan dimasukkan ke dalam neraka. Sungguh besar ganjaran yang dijanjikan kepada golongan  yang sentiasa bermuhasabah diri di dunia sehingga mengalir air matanya kerana takutkan pembalasan Allah di akhirat.
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari disebut tujuh golongan yang akan mendapat naungan daripada Allah di akhirat. Salah satu daripadanya ialah lelaki yang mengingati Allah lalu mengalir airmatanya.

   Seorang muallimah mengambil masa menanda kertas soalan lewat malam,menulis buku rekod mengajar tanpa mengira imbuhan atau ganjaran mudah-mudahan Allah akan mencatatnya sebagai amalan baik yang berlipat kali ganda dan mata yang di sengkang itulah yang takkan di sentuh oleh neraka Allah... insyaAllah...Di musim musim ihtifal mualllimah sibuk denga persiapan alat bantu untuk menceriakan persembahan pentas buat persembahan akhir tahun anak-anak PASTI sudah tentu istilah penat letih bersilih ganti namun ianya pasti akan berlalu sebaik sahaja kering keringat dan melihat anak-anak tersenyum girang.....

Semoga Allah membimbing dan memberi kekuatan kepada kita agar sentiasa menjadi hambaNya yang bermuhasabah diri, menangis dan sentiasa bertaubat terhadap dosa yang dilakukan.Syukur buat para murabbi dan muraabiah yang sentiasa luhur hati budi dalam menabur ilmu...

Monday 3 October 2011

تربية الاولاد

Thabrani meriwayatkan dari Ibnu Abbas RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Perkiraan iman yang terkuat adalah saling bersahabat kerana Allah ,bermusuhan kerana Allah,berkasihsyang kerana Allah,membenci pun kerana Allah.

Contoh yang di riwayatkan oleh Bukhari"Kaab menceritakan tentang dirinya di boikot bersama dua orang temannya yang lain kerana tidak mahu menyertai perang Taabuk (Nabi melarang kaum muslimin dari berhubungan/berbual dsb selama lima puluh hari lima puluh malam sehinggalah turunnya wahyu menerima taubat mereka....

Sebanyak mana kasih sayaang seorang ibu ataupun bapa kepada anak-anaknya biarlah berasaskan kepada Allah SWT.Kasih sayang yang melimpah ruah/berlebih-lebihan bagai menatang minyak yang penuh kadang-kadang boleh menyebabkan anak-anak terlebih manja dan kadang-kadang sukar untuk berdikari.

   Memberi denda atau pengajaran kepada anak-anak jika melakukan kesalahan pun kita di minta agar berpada-pada.Saya pernah melihat kesan merah lima jari di pipi anak murid lelaki saya akibat kesan  di tampar oleh bapa hanya kerana si anak membuat bising setelah di larang berulang kali....Alasan yang di beri si ibu ,bapanya sakit gigi hari itu....daan agak penat kerana baru pulang dari kerja shift malam....

    Dalam konteks kita sebagai muallimah pun sudah semestinya banyak iktibar dan pengajaran perlu kita ulangtayangkan sentiasa di minda kita agar kita sentiasa bijak dalam membuat tindakan.Waspada! Setiap cubitan ,tamparan,jerkahan anda akan sentiasa bergentayangan di minda atau benak anak-anak 10,20 tahun akan datang!!!!Nasib tak baik dia akan jadikan sebagai satu cerita apabila dia menginjak dewasa...satu peristiwa yang tak pernah dia lupakan.....

Saturday 1 October 2011

Majlis Meraikan Para Petugas Alam Ria PASTI Malaysia 2011

Sumber: http://pastipusat.wordpress.com/

Selasa 22 Syawal.

Majlis bermula jam 2020 dengan jamuan kesyukuran. Walaupun ringkas menunya namun padat dengan sajian yang mampu menggamit selera para petugas. Tahniah kepada Pengarah JK Pengelola dan keluarga kerana bertungkus-lumus sejak pagi lagi menyediakan menu jamuan.


Selesai solat Isya’, mesyuarat post mortem dijalankan. Banyak perkara dan idea baru yang boleh dipraktikkan untuk penambahbaikan Alam Ria pada masa hadapan telah dikumpulkan.

Alam Ria PASTI Malaysia Meriah!

Sumber:http://www.tranungkite.net/v11/



Kuala Kangsar, 17 September : PASTI Malaysia telah berjaya menganjurkan program Alam Ria PASTI peringkat Kebangsaan bagi tahun 2011 pada Sabtu yang lalu. 12 buah negeri telah menghantar peserta untuk bertanding dalam acara hafazan, nasyid, pidato, azan, bercerita, khutbah dan deklamasi sajak. Pertandingan yang dijalankan di kompleks PAKAT, Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar tersebut dirasmikan oleh Dato; Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak.

Keputusan Alam Ria PASTI Malaysia 2011

sumber: http://pastipusat.wordpress.com/


19 Syawal  1432H


Jam 1300 Majlis Perasmian Penutup Alam Ria PASTI Malaysia bermula. Dato’ Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin telah sudi meluangkan masa bagi menyempurnakan acara kemuncak ini.


Penat lelah bertarung selama hampir dua hari ini berbaloi dengan hadiah yang akan dibawa pulang oleh setiap kontinjen.


Tahniah kepada semua pemenang ! Semoga kita berjumpa lagi pada tahun hadapan dengan suasana yang lebih meriah !


Dato' Seri & Para Pemenang
KEPUTUSAN ALAM RIA PASTI MALAYSIA 2011
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...